Sunday 28 August 2011

Esok raya lah!

Berlalulah sudah Ramadhan sebulan berpuasaaaaaa..
Tiba Syawal kita rayakan dengan rasa gembiraaaaa..

Kedengaran budak-budak kecik dah melalak menyanyikan lagu raya.

Mungkin ramai orang dah tak sabar lagi menantikan hari bahagia esok. Mungkin ramai dah berada di kampung, tolong buat ini, tolong buat ini. Sedara-mara pun dah susun-susun kuih raya dalam balang, rumah dah dikemas, langsir dah diganti dengan langsir baru, pelita dah pasang kat luar. Tunggu nak raya je. Wahh, pasti meriah raya kan?

Walaupun dalam masa kita tengah bergembira dan tak sabar menantikan hari esok, kita kena fikirkan juga nasib orang yang tak mampu nak beli baju raya, yang tak mampu nak balik kampung, yang tak mampu nak beraya dengan keluarga di Malaysia (oversea agaknya), dan yang sudah tiada ibu bapa di sisi untuk menyambut hari raya. Janganlah terlalu gembira dan tidak ingat dunia. Memang lah raya hanya sekali setahun, tapi cukuplah kalau kita bersederhana saja. Bukan semua orang dapat merasai nikmat hari raya tu. Apa salahnya kita rasa jugak bagaimana orang yang kurang mampu beraya. Kan?

"Sape puasa tak penuh tak boleh raya!"

Haha. Kanak-kanak yang masih kecil yang belum lagi kenal erti matang pasti tak sabar dah nak raya. Biasanya, satu benda je yang buat diorang tak sabar-sabar. Apa lagi kalau bukan $duit rayaaaa$. Ya, mungkin dah tak sabar nak kumpul duit raya. Nak banding dengan kawan-kawan lain. Sape paling banyak duit, dia menang. Haha, mungkin. Kanak-kanak yang masih kecil mungkin ada yang tak berpuasa penuh, tak boleh bertahan lama agaknya so biasalah kalau diorang tak puasa penuh. Tapi kalau remaja perempuan? Tiada alasan lain. Pasti tak puasa penuh, tapi duit raya tetap dapat lah. Remaja lelaki pulak? Haa, cari pasal lah tu tak puasa penuh. Apa-apa pun, sendiri buat sendiri tanggung lah :)

Hmm. Sayu pulak rasanya nak tinggalkan Ramadhan kali ni. Hari ni hari terakhir umat Islam berpuasa. Cuba kita renungkan, sudah cukupkah amalan yang kita buat sepanjang bulan ni? Sempurna tak solat kita? Terawih ada yang tinggal tak? Bangun malam tak? Hmm. Kalau dah rasa cukup pun pasti tak cukup. Mesti masih kurang kerana kita tak tahu amalan yang kita buat tu diterima atau tidak. Mungkin banyak amalan kita buat, tapi tak sempurna, tak betul, tak khusyuk. Yelah, orang cakap "tengok kualiti bukan kuantiti". Moga-moga, segala amalan yang telah kita lakukan akan Allah terima. InsyaAllah.

Esok raya. So di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ..




SELAMAT HARI RAYA 
MAAF ZAHIR DAN BATIN :'>

Ingat! Jangan main banyak sangat mercun! Bahaya tau. Yang nak amik exam tu, berhati-hatilah raya ni. okay?

WASSALAM.

-Kotak^Kecik

0 comments:

Post a Comment